KUALA LUMPUR , 2 Apr 2024 - Majlis Tadarus dan Khatam Al -Quran telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Mejar Jeneral Abdul Aziz bin Abu Hassan, yang berlangsung di Surau Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini.
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran disertai seramai 58 orang ahli, terdiri daripada 30 orang pegawai lelaki dan 28 orang pegawai wanita. Majlis telah dimulakan dengan Tadarus Al-Quran yang dipimpin oleh Mej Mohd Shaiful bin Shafie dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Yang Di-Pertua Wisma Perwira ATM kepada semua peserta yang terlibat hari ini.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Yang Di-Pertua Wisma Perwira ATM kepada semua peserta yang terlibat hari ini.
Semoga kita terus istiqamah dalam melakukan ibadah di bulan Ramadan dan semoga amalan membaca Al-Quran ini diberi ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.