logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 
KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab Rahman mengiringi Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin di dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertempat di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur pada hari ini. Dalam kesempatan ini, Menteri Pertahanan dan PAT turut beramah mesra bersama Warga ATM serta meluangkan masa menunaikan Solat Maghrib berjemaah.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pertahanan; YB Adly bin Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan; Datuk Seri Isham bin Ishak, Panglima Tentera Darat; Jeneral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Laut; Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob, Panglima Tentera Udara; Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Ketua Staf Markas ATM; Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad , Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) Mejar Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar, pegawai kanan ATM serta warga Kementerian Pertahanan.