logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Hubungan Bilateral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Jerman terus diperkukuh melalui lawatan rasmi dan penyertaan seminar oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) ATM dalam usaha memperkasakan lagi aspek keselamatan siber negara.


Program bilateral ini dimulai dengan lawatan rasmi oleh Ketua Pengarah Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (KP SEP), Laksamana Muda Dato’ Shamsuddin bin Hj Ludin dan delegasi ke Bundesamnt FüR Sicherheit In Der Informationstechnik (BSI) – Federal Office for Information Security, Federal Republic of Germany pada 19 Mei 2022. Melalui sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pengurusan IT BSI, Mr. Roland Holtmann disusuli dengan perbincangan konstruktif di samping pendekatan kolaborasi antara agensi dalam mendepani cabaran dan kaedah pengukuhan keselamatan siber serta ruang informasi, telah memberi gambaran jelas berkenaan struktur organisasi serta fungsi BSI terutamanya dalam mengukuhkan aspek keselamatan siber Republik Persekutuan Jerman itu.


Delegasi ATM ini turut mengunjungi Cyber and Information Domain Service of Bundeswehr (CIDS) - Angkatan Tentera Jerman, di Born Jerman yang berperanan penting dalam memelihara kedaulatan republik tersebut merangkumi ruang siber, spektrum elektromagnetik dan persekitaran informasi yang semakin kompleks tanpa sempadan geografi. Melalui taklimat yang disampaikan oleh Ketua Staf CIDS, Brigedier Jeneral Richert Peter, mewakili Chief of CIDS serta sesi dialog yang diadakan telah menyerlahkan keterbukaan serta kematangan antara kedua belah pihak. KP SEP turut menyampaikan hasrat ATM agar hubungan bilateral kedua belah negara dapat diterus dan diperkukuhkan melalui kerjasama perkongsian pengetahuan dalam forum serantau termasuk aspek pembangunan sumber manusia.


ATM juga buat pertama kalinya telah ditawarkan menghadiri Seminar Siber “Cyber Security – International Cyberspace, Bundeswehr Command and Staff College, Hamburg mulai 18 hingga 24 Mei 22 lalu yang disertai oleh Pegawai Memerintah Pusat Kepakaran Siber dan Elektromagnetik (KPSE), Lt Kol Azlizam bin Hj Uda dan Pegawai Staf 2 Siber, Mejar Mohd Fitri bin Mansol.


Seminar ini yang merupakan aktiviti Bilateral Annual Programme (BAP) bersama Angkatan Tentera Jerman adalah bertujuan untuk menggalakkan kerjasama dan perkongsiaan antarabangsa dalam domain keselamatan siber serta berkongsi informasi yang komprehensif antara negara yang berbeza struktur organisasi siber dan perspektif dalam domain keselamatan siber.
Dengan penyertaan seminar ini juga membolehkan BSEP meneruskan kelestarian pembangunan sumber manusia dan kecemerlangan di dalam domain keselamatan siber.

Lihat Galeri Gambar