Sepanjang empat jam persembahan Tatu Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIT) 2014 di Stadium Merdeka pada 10, 11 dan 12 Oktober 2014, sudah cukup membuatkan kira-kira 35,000 penonton tidak berganjak daripada tempat duduk untuk menyaksikan persembahan dan perbarisan angkatan bersenjata dari 12 negara (termasuk Malaysia).
Setiap negara menampilkan pertunjukan menarik merangkumi tarian perang, pasukan beg paip dan pancaragam, perarakan, perbarisan serentak, kawad senyap, demonstrasi ketenteraan, akrobatik dan persembahan meriam. Turut menghiburkan penonton adalah pertunjukan Army Red Warriors yang mempersembahkan lagak ngeri dan berbahaya menggunakan motosikal, persembahan gimnastik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kawad senyap senyap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Turut hadir merasmikan majlis adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamumuddin Hussein dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin. Penonton juga turut disajikan persembahan pancaragam serta kebudayaan daripada setiap negara yang terlibat menjayakan persembahan yang dijalankan selama 3 hari berturut-turut.
Persembahan daripada Singapura.
Persembahan daripada Turki
Persembahan daripada UAE.
Persembahan daripada Indonesia.
Persembahan daripada New Zealand.
Persembahan daripada Republic of Korea.
Persembahan daripada Thailand.
Persembahan daripada Malaysia.
Persembahan daripada Brunei.
Persembahan daripada Myanmar.
Persembahan daripada United Kingdom.
Persembahan daripada Afrika.