logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 9 Dis 21 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Bin Buang TUDM turut sama menjayakan Perbarisan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat Kementerian Pertahanan hari ini bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sg Besi, Kuala Lumpur.

Perbarisan ini diadakan bertujuan sebagai sambutan 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat Kementerian Pertahanan bagi menzahirkan pembuktian pencapaian prestasi Kementerian Pertahanan dalam 100 hari pentadbiran.

Dalam menjayakan aspirasi keluarga Malaysia, Kementerian Pertahanan telah melaksanakan 15 inisiatif dari 6 Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari Mindef. 6 initiatif aspirasi yang digariskan oleh Kementerian Pertahanan adalah memerangi COVID-19, Kawalan Sempadan, Hubungan Antarabangsa, Perumahan, Veteran ATM dan Program Jiwa Murni.

Seramai 47 orang pegawai dan 969 anggota anggota lain-lain pangkat dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) terlibat dalam menjayakan perbarisan ini.

Dalam majlis yang sama Menteri Kanan Pertahanan turut menyempurnakan upacara penyampaian sijil penghargaan frontliner kepada wakil penerima daripada Kumpulan Rondaan Tim Pematuhan, Kumpulan Mobile Petrol Vehicle, Kumpulan Op Imunisasi, Kumpulan Program Vaksinasi, Kumpulan Sekatan Jalan Raya, Kumpulan Hospital Medan/Disaster Management Zone, Kumpulan Combat Medic Vaccination Team, Kumpulan Greater Klang Valley Task Force, Kumpulan Projek Jiwa Murni dan Kumpulan Penghantaran Bekalan Perubatan.

Perbarisan pada pagi ini telah dihadiri oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussien. Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Seri Muez Bin Abd Aziz, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad bin Ab Rahman mewakili Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Datuk Mohd Reza Bin Mohd Sany dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM mewakili Panglima Tentera Udara dan Pegawai-pegawai Kanan ATM yang lain.

Lihat Galeri Gambar