logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 3 Disember 2021 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin hari ini secara rasminya melancarkan penganjuran Defence Services Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2022.

Pameran pertahanan dan keselamatan yang akan berlangsung mulai 28 hingga 31 Mac 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) ini akan menghimpunkan pemain utama dalam industri pertahanan dan keselamatan selain mewujudkan kerjasama strategik di antara agensi-agensi kerajaan, serta melahirkan jalinan dan rangkaian sosial dalam bidang pertahanan dan keselamatan.

Acara ini buat julung kalinya akan dilaksanakan secara hybrid, selaras dengan keperluan norma baharu serta kemajuan dan keupayaan teknologi terkini. Ini akan memberikan kelebihan kepada peserta, serta tetamu yang hadir kerana mereka berpeluang untuk mengakses kandungan sebelum, semasa serta selepas pameran ini berlangsung.

Di samping itu, Forum Putrajaya yang akan membincangkan agenda pertahanan serantau, persidangan serta pameran pertahanan dan keselamatan siber, perkongsian strategik dalam Rundingan Meja Bulat Panglima Tentera Darat (ChART) serta persidangan dan pameran mengenai Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR) turut akan diadakan.

Turut hadir dalam acara pelancaran ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Muez bin Abdul Aziz; dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz; serta pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.

LIhat Galeri Gambar