logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 30 November 2021 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz hari ini telah menyempurnakan pelancaran aplikasi MyVeteranMall bertempat di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Platform digital khusus untuk komuniti Veteran ATM ini, merupakan inisiatif Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dengan kerjasama MIDC Technology Sdn Bhd yang bertujuan untuk memberikan kemudahan dan peluang keusahawanan secara dalam talian kepada kira-kira 300,000 komuniti Veteran ATM. Ini juga dapat memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam e-Dagang dan e-Servis yang akan memberi kebaikan serta menambah baik status sosio-ekonomi mereka.

Melalui MyVeteranMall juga akan membolehkan para veteran terus berhubung antara satu sama lain di samping komuniti luar yang akan menjadi mereka lebih mampu berdikari, membina perniagaan yang mampu bertahan dan kekal relevan kepada masyarakat selepas persaraan.

Tidak seperti pusat beli-belah dalam talian lain, MyVeteranMall turut mempunyai ruang sehenti maya untuk membuat transaksi, memasar, membeli, mempromosi barangan serta perkhidmatan dan interaksi secara dua hala berkenaan informasi berkaitan Veteran ATM. Ia juga tidak terhad kepada Veteran ATM tetapi boleh juga dicapai oleh orang awam.

JHEV ATM telah memilih untuk bekerjasama dengan MIDC Teknologi, anak syarikat milik penuh EDARAN Berhad, sebagai rakan teknologi mereka. Pada masa yang sama MIDC Technology Sdn Bhd turut membangunkan teknologi sokongan yang akan menampung aktiviti MyVeteranMall seperti platform e-bayaran melalui PAYJE untuk memudahkan transaksi.

PAYJE telah dibangunkan sebagai aplikasi e-bayaran bersepadu yang berkeupayaan luas untuk memudahkan pembayaran tanpa tunai. Ia juga merupakan pengumpul bil berbilang pedagang yang membolehkan peniaga memproses bayaran mudah alih dan e-Dagang dengan mudah tanpa menyediakan akaun bank. Kementerian Pertahanan menzahirkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan EDARAN Bhd dan MIDC Technology Sdn Bhd yang sudi berkolaborasi melaksanakan inisiatif ini dalam agenda memartabatkan lagi program keusahawanan dalam kalangan Veteran ATM.

Para Veteran ATM juga sangat digalakkan untuk mendaftar di aplikasi MyVeteranMall agar produk dan perkhidmatan mereka dapat dipasarkan dengan lebih meluas seterusnya dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

Turut hadir dalam majlis pelancaran ini adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Bin Buang TUDM serta barisan kepimpinan Tentera Darat, Laut dan Udara.