logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 7 Sep 2021 - Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera telah menerima kunjungan hormat oleh Captain Antony Julian Stockbridge RN, Penasihat Pertahanan British High Commission Kuala Lumpur bertempat di pejabat rasmi beliau, hari ini.

Ini adalah merupakan kunjungan ulung beliau ke atas Panglima Angkatan Tentera sejak mula dilantik sebagai Penasihat Pertahanan pada Ogos 2021 yang lalu.

Turut mengiringi semasa kunjungan tersebut adalah Mej Jen Dato' Saharuddin bin Mansor TUDM, Asisten Ketua Staf Perancangan Pertahanan dan seorang wakil pegawai dari kedutaan British.

Seluruh warga ATM mengucapkan Selamat Bertugas kepada Captain Antony Julian Stockbridge RN!