logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 30 Jul 2021 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menerima kunjungan hormat oleh Pegawai Waran Tentera Laut Diraja Malaysia, Pegawai Waran I TLS (AQM) Mohamad Noorfazli bin Ariffin bertempat di pejabat beliau, hari ini.

Kunjungan ini merupakan kunjungan pengenalan pertama beliau ke atas Panglima Angkatan Tentera setelah dilantik sebagai Pegawai Waran TLDM yang baharu berkuatkuasa pada 29 Jun 2021 yang lalu. Turut mengiringi beliau semasa kunjungan tersebut adalah Sarjan Mejar Rejimen ATM, PW 1 Hayazi bin Abdul Aziz.

Seluruh warga ATM mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pegawai Waran I TLS (AQM) Mohamad Noorfazli bin Ariffin atas perlantikan beliau sebagai Pegawai Waran Tentera Laut Diraja Malaysia yang ke-7.