logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

SIBU, 20 Julai 2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited membantu penduduk di kawasan pendalaman Sarawak untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dalam usaha memastikan sasaran imuniti kelompok (herd immunity) berjaya dicapai.

Pada 13 hingga 15 Julai 2021 yang lalu, ATM di bawah koordinasi Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) telah mengaturgerak Combat Medic Vaccination Team (CMVT) ATM ke Pasai Siong, Sibu bagi membantu proses pemberian vaksin kepada penduduk di 42 buah Rumah Panjang di Pasai Siong.

Tim tersebut terdiri daripada 5 pegawai dan 28 anggota ATM dan staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diketuai oleh Kem Komandan Kem 9 Briged, Mej Mohd Zaidi bin Mohd Jamil telah berjaya memberi vaksin kepada 971 orang penduduk di kawasan tersebut.

ATM terus komited dalam membantu menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), yang mensasarkan 80 peratus populasi rakyat Malaysia mendapat vaksin sekali gus dapat menamatkan rantaian penularan wabak Covid-19 yang melanda negara kini. Tim ini akan digerakkan semula pada 3 Ogos 2021 ke kawasan tersebut bagi meneruskan pemberian dos kedua kepada mereka.