logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Karnival Kedaulatan, Keselamatan dan Kesejahteraan Negara (4KN) yang berlangsung di RTC Kota Bharu, Kelantan selama 2 hari telah memberi peluang kepada masyarakat Kelantan mendekati Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan melihat sendiri aset-aset serta kemampuan ATM dalam mempertahankan kedaulatan tanah air. Sebahagian aset yang berada di dalam inventori ATM telah dipamerkan untuk tontonan masyarakat di Kota Bharu.

4KN telah dirasmikan oleh YB Menteri Pertahanan pada 11 Okt 13 yang turut dihadiri oleh YBhg Panglima Tentera Darat, YBhg KSU Kementerian Dalam Negeri dan YBhg KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta beberapa orang kenamaan. Beberapa aktiviti turut dipertontonkan kepada pengunjung yang membanjiri RTC Kota Bharu. Persembahan pasukan The Army Red Warriors dengan aksi mendebarkan telah mendapat sorakan gemuruh disamping persembahan aksi menyelamat tebusan oleh pasukan khas Tentera Darat. Turut memeriahkan suasa karnival ialah persembahan Kawad Senyap TLDM dan Drumliner TUDM.