logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

20 Dis 13 - Hari ini, ATM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan Duit Syiling Peringatan Hari ATM ke-80 sebagai memperingati evolusi ATM selama 8 dekad kewujudannya. Menurut YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera, yang juga mengilhamkan Duit Syiling Peringatan ini berkata, penerbitan syiling ini adalah bagi mengenang segala jasa, sumbangan dan pengorbanan para pahlawan ATM sama ada mereka yang masih berkhidmat ataupun yang telah bersara.

Spesifikasi Duit Syiling Peringatan adalah seperti berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas.

- diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9.
- berat setiap keping ialah 7.96 gram.
- harga jualan ialah RM1800.00 sekeping.
- hanya 500 keping sahaja ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)

- diperbuat daripada logam Perak Sterling dengan ketulenan 92.5.
- berat setiap keping ialah 21.00 gram.
- harga jualan ialah RM150.00 sekeping.
- hanya 1000 keping ditempa.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic

- harga jualan ialah RM10.00 sekeping.
- sebanyak 25000 keping ditempa.