logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah menyempurnakan Malam Anugerah Sukan ATM Tahun 2012 bertempat di Hotel Double Tree By Hilton yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Angkatan Tentera. Malam Anugerah Sukan ATM 2012 merupakan salah satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan ATM kepada para atlet, jurulatih dan pentadbir sukan yang telah berjaya mengharumkan nama ATM sepanjang tahun 2012.

Dalam ucapan Panglima Angkatan Tentera mengingatkan juga bahawa sukan berupaya menaikkan imej sesebuah negara amnya dan ATM khususnya menerusi pencapaian cemerlang atlet-atlet. Tambahnya lagi pada tahun ini, Malaysia akan menghadapi Sukan SEA Ke-27 yang akan diadakan di Myanmar mulai 11 hingga 22 Dis 2013 dan mengharapkan agar atlet-atlet yang terlibat, dapat memberikan komitmen yang tinggi di dalam menghadapi kejohanan tersebut serta pulang dengan kejayaan cemerlang.

Beliau turut menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Di-Pertua Majlis Sukan Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM, Panglima Tentera Udara yang telah memberikan komitmen yang padu di dalam mempertingkatkan kemajuan sukan ATM selama 2 tahun menjawat jawatan tersebut.

Pada acara kemuncak malam tersebut adalah upacara penyampaian Anugerah Sukan ATM Tahun 2013 kepada Tokoh Jurulatih Sukan disandang oleh PW U 11 Kalidas a/l Visvanadan dari Persatuan Kriket manakala Anugerah Tokoh Sukan ATM 2012 disandang oleh Mej Jen Datuk Mazelan bin Kasap dari Persatuan Bolasepak.

Penerima Johan Antara Perkhidmatan Cemerlang Sukan tahun 2012 pula dimenangi oleh Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Anugerah utama Olahragawan dan Olahragawati ATM 2012 menerima wang tunai RM3,000,00, Sport Blazer dan Piala Pusingan.

Olahragawan ATM 2012 disandang oleh BM PAP (PKL) Khalel bin Abdullah dari Persatuan Menembak manakala Olahragawati Sukan 2012 disandang oleh Lt Nur Suryani bte Mohd Taibi dari Persatuan Menembak.

Turut hadir dalam majlis tersebut termasuklah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples bin Embong, Ketiga-tiga Panglima Pekhidmatan, Timbalan Panglima Perkhidmatan merangkap Pengerusi-Pengerusi Lembaga Sukan Perkhidmatan serta para atlet-atlet cemerlang ATM.