logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

CHIANG MAI, 12 Jan 2023 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah hadir menyertai satu persidangan dua hala iaitu High Level Committee (HLC) Thailand - Malaysia kali ke-37 yang diadakan di Ratilanna Riverside Spa Resort, Chiang Mai, Thailand.


Persidangan yang dipengerusikan oleh Chief of Defence Force, Royal Thai Armed Forces (RTAF), General Chalermphon Srisawasdi ini bertujuan untuk membincangkan mengenai kerjasama sempadan yang boleh dipersetujui antara kedua-dua buah Negara ini untuk menghasilkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand yang lebih aman dan stabil disamping memperkukuh hubungan ketenteraan serta kerjasama yang mampan dalam pelbagai bidang ketenteraan.


Selain itu, persidangan ini juga tertumpu kepada perbincangan mengenai prestasi tugas yang diberikan oleh HLC kepada Regional Border Committee (RBC) dan Joint Combined Exercise Committee (JCEC) yang merangkumi pelbagai aspek seperti perkongsian maklumat, menstabilkan dan mengurangkan jenayah di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand, memintas rentas sempadan haram, bantuan kemanusiaan dan bencana serta kerjasama operasi dan latihan.


Turut serta semasa persidangan ini berlangsung adalah Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) , Lt Jen Datuk Ahmad Norihan bin Jalal dan beberapa Pegawai Kanan ATM yang lain.

Lihat Galeri Gambar