logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Kuala Lumpur, 21 Oktober 2022 – Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) menerima dua anugerah Cyber Security Innovation (Product) of the Year dan Cyber Security Project of the Year sempena penganjuran Simposium Khas Cyber Security and Threat Intelligence (National Defence Track) yang diadakan pada 20 Oktober 2022.
Dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia, acara tahunan yang berkonsepkan kerjasama antara awam dan swasta ini merangkumi tiga komponen utama iaitu persidangan, pameran dan anugerah. Anugerah Keselamatan Siber Malaysia diberi kepada organisasi yang memberi sumbangan dalam memperkukuhkan keselamatan siber negara.
Justeru, kejayaan BSEP menerima anugerah ini merupakan pengiktirafan ATM dalam memberi komitmen untuk memperkasakan lagi ruang siber ATM dan negara.

Lihat Galeri Gambar