logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 14 Okt 22 – Seramai 260 pegawai dan 827 anggota Lain-Lain Pangkat telah terlibat dengan Perbarisan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia yang diadakan di Padang Kawad, Kem Kementah, hari ini. Acara perbarisan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Ketua Staf MK ATM, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi dan dibantu oleh Asisten Ketua Staf ATM yang lain. Ketua Staf MATM dalam ucapan beliau telah menitikberatkan tentang beberapa agenda penting seperti kesiapsiagaan anggota ATM, kecerdasan mental mahupun fizikal, kesedaran untuk berpegang teguh pada agama serta meletakkan nilai “ATM adalah milik kita bersama’’.  Nilai ini membawa kepada keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukan supaya beroleh ganjaran pahala di akhirat disamping menabur jasa bakti kepada Agama, Bangsa dan Negara. Acara diakhiri dengan bacaan ikrar kesatria dan laungan gempur wira dengan penuh semangat oleh kontijen perbarisan yang terlibat.

Lihat Galeri Gambar