logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2022 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Coffee Table Book Bahagian Logistik Pertahanan (BLP) yang bertajuk Sinergi Logistik Pemacu Angkatan bertempat di Wisma Perwira ATM pada hari ini. Penerbitan buku ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan peranan, bidang tugas dan tanggungjawab BLP kepada segenap lapisan warga ATM khasnya dan perkhidmatan awam amnya. Selain itu, buku bergambar ini juga memaparkan fakta-fakta, kronologi aktiviti dan sumbangan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh warga BLP dalam membantu memacu pembangunan ATM dari segi logistik pertahanan. Kewujudan buku ini juga diharapkan akan menjadi rujukan dan panduan kepada segenap lapisan warga ATM dalam menambahbaik pembangunan logistik pertahanan di masa hadapan.
Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Pegawai Kanan ATM dan warga ATM.

Lihat Galeri Gambar