logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 4 Okt 2022 - Chairman Joint Chiefs of Staff Committee (CJCSC) Pakistan, General Nadeem Raza NI(M) memulakan lawatan rasmi ke Malaysia dengan Kunjungan Hormat beliau kepada Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM di Wisma Pertahananan hari ini. Ketibaan beliau di sambut oleh PAT serta Panglima-Panglima Perkhidmatan dan seterusnya diberikan penghormatan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) seramai 3 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat di ketuai Mej Abdul Hafizi bin Abdul Halim.
Seusai memeriksa perbarisan, beliau telah diperkenalkan dengan Pegawai-pegawai Kanan ATM sebelum dibawa ke Ruang Perkasa bagi sesi kunjungan hormat rasmi berkenaan.
Sesungguhnya lawatan rasmi ini juga menyokong Teras Ke-4 dalam Perintah Ulung Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-21 dalam Menterjemahkan Kertas Putih Pertahanan melalui Pemerkasaan Hubungan Pertahanan Antarabangsa.

 Lihat Galeri Gambar