logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

KUALA LUMPUR, 6 Sept 2022 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) bagi tahun 2020 dan 2021 yang berlangsung di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia pada pagi ini. Istiadat Penganugerahan DKAT yang disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein merupakan Istiadat Penganugerahan DKAT bagi tahun 2020 dan 2021 yang tidak dapat dilaksanakan pada tahun berkenaan kerana kekangan pelaksanaan istiadat akibat daripada wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara ini. Seramai 991 penerima pingat DKAT yang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) ATM terlibat di dalam istiadat tersebut yang dilaksanakan dalam 2 sesi iaitu pada 6 dan 8 Sept 2022.
Sebelum ini, seramai 209 pegawai dan LLP ATM telah dikurniakan DKAT oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dalam Istiadat Penganugerahan DKAT yang telah berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara pada 29 Nov 2021 lalu. Untuk rekod, jumlah keseluruhan penerima pingat DKAT bagi kedua-dua tahun berkenaan adalah seramai 1,200 penerima. Penganugerahan Pingat DKAT ini dikurniakan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) yang berkelayakan berdasarkan sifat kepahlawanan yang teristimewa dalam menjalankan kewajiban yang ditunjukkan sepanjang perkhidmatan. Sebanyak lima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera disenaraikan khusus bagi ATM yang terdiri daripada Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT), Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan Bentara Angkatan Tentera (BAT). Turut hadir ke istiadat tersebut adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Pegawai-pegawai Kanan ATM serta pihak pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan.

 Lihat Galeri Gambar