logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MELAKA, 18 Ogos 2022 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan upacara penutup perlaksanaan pertandingan Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD) bagi tahun 2022 bertempat di Tapak 400 meter, Lapangsasar Kem Terendak, Melaka, hari ini. UKMTD adalah merupakan pertandingan menembak tahunan bagi Tentera Darat Malaysia (TDM) yang melibatkan 11 Formasi di bawah naungan TDM.

Objektif penganjuran upacara ini adalah untuk menguji kecekapan dan menilai tahap kompetensi warga TDM khususnya dalam aspek pengendalian senjata. UKMTD 2022 telah mula berlangsung sejak 12 Ogos yang lalu dan pada hari ini menyaksikan pertandingan akhir bagi kategori jatuh piring raifal antara formasi (Lelaki) telah diadakan sebelum acara Novelti dilaksanakan yang melibatkan beberapa kumpulan yang terdiri daripada pasukan dari Markas ATM, Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Terdapat 3 kategori dibawah acara Novelti telah dipertandingkan iaitu Centre Fire & Rapid Fire (Pistol), Jatuh Piring (Pistol) dan Jatuh Piring (Raifal).

Kesemua acara ini telah disertai oleh Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara, Timbalan Panglima Tentera Laut yang mewakili Panglima Tentera Laut, Ketua Staf Markas ATM dan beberapa Pegawai-pegawai Kanan ATM yang lain. Diakhir upacara, Panglima Angkatan Tentera & Panglima Tentera Darat telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam UKMTD 2022 pada kali ini.

Sesungguhnya penganjuran upacara seperti ini adalah bertepatan dengan teras kedua yang digariskan dalam Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera iaitu 'Memperkasa Warga ATM yang Cemerlang' dari segenap aspek termasuk profesionalisme, siasah warga, dan juga pembangunan nilai-nilai murni yang bersendikan kekuatan kerohanian, keberanian dan semangat berpasukan.

 Lihat Galeri Gambar