logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 22 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Penjara Malaysia yang diketuai oleh Komisioner Jeneral Penjara (KJP) Malaysia, YBhg Dato' Haji Nordin bin Haji Muhamad pada hari ini.
Kunjungan hormat tersebut adalah sebagai penghargaan kepada warga ATM atas bantuan dalam menjayakan Program Reintergrasi Penghuni (PRP) dahulunya dikenali sebagai Program Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) yang telah dilaksanakan di 6 buah kem ATM menerusi inisiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS) mulai tahun 2011 hingga 15 April 2022.
Turut hadir di dalam kunjungan hormat tersebut adalah Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan (AKS OLP) Mejar Jeneral Dato' Zaidan bin Atan serta Pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia.

 Lihat Galeri Gambar