logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

United Kingdom, 20 Julai 22 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM telah mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah berkenan berangkat melawat Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough 2022 (FIA2022) di Farnborough, United Kingdom (UK) semalam.
FIA2022 ialah acara dwi-tahunan selama seminggu, bermula pada 18 Julai 2022, yang menggabungkan pameran perdagangan, untuk industri aeroangkasa dan pertahanan, dan pertunjukan udara.
Hadir sama mengiringi ialah Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK, TYT Zakri Jaafar.

 Lihat Galeri Gambar