logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2022 - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama pihak Pengurusan Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK) telah mengadakan Program Ibadah Korban dan Aqiqah yang telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di Masjid Khalid bin Al-Walid, KEMENTAH.
Program dimulakan dengan solat sunat dan dikuti bacaan khutbah Hari Raya Aidil Adha yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Brigedier Jeneral Hj Mohd Hamzah bin Adam. Program korban dan aqiqah ini telah dirasmikan dengan simbolik penyerahan pisau sembelihan daripada Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Hj. Yadi kepada Brigedier Jeneral Hj Mohd Hamzah bin Adam selaku Timbalan Pengerusi Masjid Khalid bin Al-Walid mewakili Ketua Pengarah KAGAT, Mejar Jeneral Hj. Mohd Rashidi bin Bujai. yang juga Pengerusi Masjid Khalid bin Al-Walid,
Pada tahun ini, dengan suasana peralihan Negara ke fasa Endemik, ATM dan pengurusan masjid mengambil kesempatan melaksanakan program yang telah 2 tahun diadakan di pusat penyembelihan sahaja atas pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Pandemik COVID-19.
Proses sembelihan dan melapah sebanyak 26 ekor lembu dan 4 ekor kambing yang diadakan di perkarangan masjid telah dilaksanakan secara gotong royong melibatkan 150 anggota ATM. Kesemua daging korban dan aqiqah diagihkan kepada 140 peserta yang mengambil bahagian tahun ini serta ahli kariah masjid.
Antara matlamat utama MKWK menganjurkan program ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan semangat berkorban dalam menghayati syiar Islam. Nilai dan tahap pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan puteranya harus dijadikan panduan dan pedoman kepada seluruh umat Islam. Di samping itu juga ia melahirkan tanda kesyukuran terhadap segala pemberian dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Di program ini juga, pihak QSR Brands (M) Holdings Berhad diwakili Pemangku Ketua Jabatannya, Tuan Hayazi bin Daud turut menyampaikan replika cek bernilai RM 56,000 bagi 8 ekor lembu untuk diagih-agihkan kepada para asnaf ATM.

 Lihat Galeri Gambar