logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 9 Jun 2022 - Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, H.E Amna Baloch bersama Setiausaha Pertama, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Muhammad Adil di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan, hari ini. Kunjungan tersebut merupakan kunjungan ulung yang dilakukan oleh Pesuruhjaya Tinggi Pakistan tersebut sejak beliau dilantik ke jawatan tersebut.


Hadir sama, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan (AKS OLP) Mejar Jeneral Dato' Zaidan bin Atan.
Dalam kunjungan berasingan Panglima Angkatan Tentera turut menerima kunjungan hormat daripada Panglima Tentera Laut Diraja Thailand, Admiral Somprasong Nilsamai.


Kunjungan Panglima Tentera Laut Diraja Thailand ini adalah bersempena lawatan kerja beliau ke Malaysia bagi meningkat dan mengukuhkan lagi hubungan erat kedua-dua angkatan tentera laut yang sekian lama terjalin.
Turut serta semasa kunjungan tersebut adalah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany.

 

Lihat Galeri Gambar