logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Shah Alam, 1 Jun 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-64 yang diadakan di Pangkalan Udara Subang. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan isteri, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah antara tetamu yang turut bersama hadir ke istiadat bersejarah ini.


”Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara” yang menterjemahkan peranan utama TUDM sebagai kuasa udara yang amat penting dan tunjang utama pertahanan di dalam melindungi kedaulatan dan keutuhan wilayah negara. TUDM akan terus perkasa dan mampu berperanan dengan berkesan melalui aplikasi keupayaan yang jitu di setiap kawasan berkepentingan negara. Pemantapan TUDM diperkasakan melalui dua elemen yang amat penting iaitu warga yang berkapasiti tinggi dan keupayaan peralatan ketenteraan yang dievolusikan seiring dengan kemodenan teknologi semasa.


Konsep perbarisan pada kali ini berbeza daripada tahun sebelumnya iaitu dilaksanakan secara perbarisan Berjalan Lalu Dalam Masa Perlahan dan Cepat. Perbarisan pada kali ini turut disertai dengan terbang lintas hormat pesawat-pesawat TUDM terdiri daripada pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM, BAE Hawk dan F/A-18D Hornet; Pesawat angkut A400M dan pesawat latihan PC-7 MKII. Buat pertama kali bersama helikopter EC 725 AP, helikopter AW 139 turut membuat terbang lintas hormat.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seterusnya telah mencemar duli menyampaikan Titah Diraja sebagai menzahirkan sokongan Baginda kepada Tentera Udara Diraja Malaysia dan Warga Udara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan mencemar duli ke Majlis Santapan Diraja bersama 2,000 hadirin yang hadir termasuk mantan-mantan Panglima Tentera Udara, Penasihat Pertahanan, wakil-wakil Kedutaan serta warga TUDM khususnya dari sekitar Lembah Klang.

Lihat Galeri Gambar