logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

TELUK SEPANGGAR, 16 April 2022 - Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato Sri Haji Affendi bin Buang TUDM bersama Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany serta Pegawai Kanan TLDM di Markas Pemerintahan Armada Timur telah menyertai Pertandingan Menembak KK Shooting Master JLAKS Apr 22 bertempat di Komplek Menembak Kota Kinabalu, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada petang ini.


Sebanyak 3 acara telah dipertandingkan iaitu 'Pool Bull', 'Side Arm Precission' dan 'falling plate' yang dilaksanakan secara berkumpulan dan individu dan format liga dan 'kalah mati'. Dalam pertandingan ini, PAT berjaya menjadi johan dalam kategori pool bull serta menjadi naib johan dalam kategori 'Falling Plate' berpasangan dengan PTL serta mendapat tempat ketiga dalam kategori 'Side Arm Precission'. Turut menyertai pertandingan ini adalah Panglima Armada Timur, Laksdya Dato' Sabri bin Zali, Panglima Wilayah Laut 2, Laksda Dato' Roslan bin Mohd Yunus, Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksma Mohd Razib bin Tahir, Panglima Logistik Timur, Laksma Hj Satria Sarawak bin Hj Jais, Timb Panglima Armada Timur, Laksma Sazalee bin Sholib dan AKS Tadbir MTL, Laksma Ahmad Asri bin Yaacob.


Tahniah kepada pemenang !

Lihat Galeri Gambar