logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Kuala Lumpur, 27 Januari 2022 – Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) ATM telah mengadakan lawatan ke Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat (BPMS) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.

Lawatan yang diketuai oleh Ketua Pengarah BSEP, Laksamana Muda Dato’ Shamsuddin bin Hj. Ludin yang turut disertai oleh wakil Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) ATM serta wakil-wakil pengendali Human Resources Management Information System (HRMIS) setiap perkhidmatan adalah bertujuan untuk bertukar pandangan dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pengendalian semasa HRMIS di JPA serta Sistem Pembangunan Sumber Manusia (HRM) baharu yang akan dibangunkan oleh pihak jabatan berkenaan.

Pada masa yang sama lawatan ini turut membuka peluang kepada potensi kerjasama bagi aspek penambahbaikan pembangunan dan pengurusan sistem HRMIS ATM. Program lawatan turut melibatkan penerangan di Pusat Data, Pusat Khidmat Pelanggan dan Pusat Operasi HRMIS JPA. Lihat Galeri Gambar