logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

TANJUNG SETAPA, 20 Nov 21 - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya gagalkan cubaan menyeludup rokok bernilai RM 15,330.00 oleh 3 lelaki warganegara Indonesia di perairan Johor Selatan pada awal pagi tadi. Tiga lelaki berkenaan telah ditahan atas kesalahan menceroboh negara melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

Penahanan berkenaan berlaku apabila Fast Combat Boat (FCB) milik TLDM yang sedang melaksanakan rondaan telah mengesan sebuah bot yang mencurigakan dalam jam 1.05 pagi, bergerak laju di selatan perairan Tanjung Setapa, Johor.

Maklumat pencerobohan berkenaan telah disalurkan kepada RHIB CERDIK dan RHIB LEPAU yang berada di lapangan bagi memberikan bantuan sokongan dan pemintasan. Menyedari kehadiran FCB TLDM, bot penyeludup berkenaan telah memecut laju dan berpatah balik untuk keluar dari perairan negara. Beberapabungkusan juga telah terjatuh dari bot berkenaan dalam usaha penyeludup berkenaan cuba untuk melarikan diri. RHIB LEPAU telah menyita
bungkusan tersebut untuk tujuan pemeriksaan.

Hasil siasatan mendapatibungkusan berkenaan mengandungi sejumlah 2,190 kotak rokok berjenama Gudang Garam dengan nilai anggaran berjumlah RM 15,330.00. Ketiga-tiga lelaki yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Sumber: BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA BARAT LUMUT PERAK