logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

BUKIT KAYU HITAM, 17 November 2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah Formasi Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) berjaya menangkap 12 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang cuba menceroboh masuk ke Malaysia dalam satu kejadian di Jalan Raya Bukit Kayu Hitam - Felda Bukit Tangga pada tengah malam semalam di sektor OP BENTENG Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Briged).

Tangkapan tersebut adalah hasil rondaan dilakukan oleh anggota ATM di jalan keselamatan sempadan Malaysia/Thailand yang berjaya menemui kesan potongan pada pagar keselamatan serta kesan tapak kaki manusia dan hasil penjejakan yang dilakukan berjaya menemui sekumpulan 12 orang PATI sedang bersembunyi di dalam semak di sekitar kawasan berkenaan.

Siasatan awal mendapati kesemua PATI berkenaan yang terdiri daripada 9 lelaki dan 3 wanita berusia di antara 20 hingga 42 tahun adalah warganegara Myanmar serta tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah. Turut dirampas adalah matawang Thailand, telefon bimbit serta barangan kemas yang jumlah keseluruhannya dianggarkan bernilai RM 3,748.80.

Kesemua PATI yang ditahan telah diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Alor Setar untuk tindakan selanjutnya.

ATM akan terus memperkasakan kawalan keselamatan di persempadanan negara bagi mengelakkan sebarang bentuk pencerobohan samada dari PATI mahupun mana-mana pihak yang cuba melakukan jenayah dan membolosi sempadan negara.

Sumber daripada:
Sel Perhubungan Raya, Divisyen Kedua Infantri Malaysia