logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUCHING, 10 November 2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menerusi pemberian dos penggalak kepada anggota barisan hadapan terutamanya yang bertugas bersama agensi kesihatan dan keselamatan di persempadanan Sarawak dengan pelaksanaan program vaksinasi dos penggalak (Booster Dose) Fasa 1 di kem-kem tentera di Sarawak.

Program Fasa 1 yang bermula hari ini hingga 16 Nov 21 di 5 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu iaitu di Kem Muara Tuang, Kem Pakit Sri Aman, Kem Similajau, Kem Oya dan Kem Sri Miri ini akan memberi peluang kepada 4,547 orang anggota tentera, penjawat awam KEMENTAH serta keluarga untuk mendapatkan vaksin dos penggalak (Booster Dose).

ATM akan terus komited menjayakan PICK dan memperluaskan program seumpama ini bagi mempercepatkan proses pemberian dos penggalak ini untuk meningkatkan tahap imunisasi dan memastikan tempoh perlindungan yang optima diperolehi oleh penerima vaksin COVID-19.