logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 14 Sep 21 - Bertempat di Wisma Perwira ATM semalam, telah diadakan Sesi Wawancara Media bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Bin Buang TUDM bersempena Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-88 yang akan disambut pada 16 Sep 21 bersekali dengan Sambutan Hari Malaysia Ke-58.

Mengambil kesempatan sempena sesi ini, Panglima Angkatan Tentera telah menzahirkan lafaz ikrar taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, selain merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan atas sokongan yang diberikan kepada ATM.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada agensi-agensi penguatkuasaan dan keselamatan negara, jabatan-jabatan kerajaan, rakan-rakan media serta segenap lapisan masyarakat Malaysia atas kepercayaan yang diberikan terutama dalam ATM melaksanakan peranannya baik pada tugas utama mahupun tugas sekunder.

Beberapa perkara utama turut dinyatakan oleh beliau dalam menggagaskan komitmen ATM terutama membantu Negara menangani penularan wabak COVID-19 selain menyentuh perkara-perkara dasar dan hala tuju ATM setelah 88 tahun ia ditubuhkan.

Turut hadir mengiringi beliau dalam sesi ini ialah Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Datuk Mohd Zakaria Bin Hj. Yadi.