logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KAPIT, 27 Julai 2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak terus mengaturgerak Combat Medic Vaccination Team (CMVT) bagi membantu mempercepatkan penduduk di kawasan pendalaman di Sarawak mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dalam membantu menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Negeri Sarawak.

22 hingga 25 Julai 2021 yang lalu, Tim CMVT ATM yang terdiri daripada 4 Pegawai Perubatan dan 16 paramedik telah mengharungi perjalanan hampir 8 jam menggunakan kenderaan pacuan 4 roda dari Kapit ke Long Busang 4 jam perjalanan menggunakan bot dari Long Busang ke Sang Anau bagi memberikan suntikan dos kedua vaksin kepada penduduk di Bukit Mabong melibatkan kawasan Long Busang, Sang Anau dan Long Unai, Belaga.

Pada program ini, seramai 609 orang penduduk di Long Busang dan 67 orang di Sang Anau telah berjaya melengkapkan 2 dos vaksin. Manakala 151 penduduk Long Unai selesai menerima dos pertama vaksin Sinovac.

Penubuhan dan aturgerak Tim CMVT ATM ini telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kanan Pertahanan, YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media di Kem Muara Tuang pada 19 Jun 2021 yang lalu sebagai sebahagian usaha ATM bagi membantu proses vaksinasi di Negeri Sarawak

Sejak bermula pada 21 Jun 2021 yang lalu, Tim CMVT ATM ini telah berjaya memberikan 6,801 suntikan di PPV Outreach yang terdiri daripada 3,659 bagi dos pertama dan 3,142 bagi dos kedua. Program ini dijadualkan akan meneruskan pemberian vaksin dos kedua di Nanga Jagau, Kanowit pada 31 Jul 21 dan di Pasai Siong, Sibu pada 3 hingga 5 Ogos 21 serta bersedia untuk diaturgerak ke lokasi lain sekiranya diperlukan.