logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR - 21 Julai 2015. Majlis Penyampaian Replika Sumbangan Mesin Dialisis telah disempurnakan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera (PAT) merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (YSAHMS) dan YBhg Jeneral Tan Sri Dato Seri Mohd Shahrom bin Dato’ Haji Nordin (Bersara), Pengerusi YSAHMS. Majlis telah berlangsung di Wisma Pertahanan Kuala Lumpur pada 22 Julai 2015. Majlis turut dihadiri oleh Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat (PTD) merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSAHMS, YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Panglima Medan Barat Tentera Darat merangkap Timbalan Pengerusi YSAHMS, Ahli-Ahli serta Mantan-Mantan Lembaga Pemegang Amanah YSAHMS, Pegawai-Pegawai Kanan ATM serta beberapa orang Ahli Korporat Tempatan.

Penyampaian sumbangan Mesin Dialisis pada kali ini membabitkan peruntukan dana YSAHMS bernilai RM 380,000.00. Bersempena dengan bulan Syawal yang penuh keberkatan, adalah menjadi harapan seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSAHMS agar sumbangan seumpama ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dalam melestarikan perkhidmatan dialisis untuk kebaikan masyarakat setempat. Sumbangan seumpama ini turut menggambarkan penerapan nilai Humanitarian Touch yang holistik oleh YSAHMS dalam memastikan segala bentuk sumbangan dan bantuan kebajikan dapat dirasai oleh segenap masyarakat.

Penyampaian Replika Mesin Dialisis oleh YSAHMS telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri PAT dan Pengerusi YSAHMS kepada 5 buah organisasi yang terlibat iaitu:

1. Hospital Angkatan Tentera Terendak. Satu unit mesin jenis Fresenius 4008S disampaikan oleh YBhg Tan Sri PAT kepada Brigedier Jeneral Datuk (Dr) Johari bin Jantan, Pegawai Memerintah Hospital Angkatan Tentera Terendak.

2. Hospital Angkatan Tentera Lumut. Satu unit mesin jenis Fresenius 4008S serta satu unit Fresenius 5008S disampaikan oleh YBhg Tan Sri PAT kepada Brigedier Jeneral Dato’ (Dr) Zakaria bin Awang, Pegawai Memerintah Hospital Angkatan Tentera Lumut.

3. Rumah Sakit Angkatan Tentera Kuching. Satu unit mesin jenis Fresenius 4008S serta satu unit mesin Fresenius ADR88 disampaikan oleh YBhg Tan Sri PAT kepada Mej (Dr) Mohamad Faisal bin Aris, wakil Pegawai Pemerintah Rumah Sakit Angkatan Tentera Kuching.

4. Hospital Kuala Krai. Satu unit mesin dialisis jenama Fresenius 4008S disampaikan oleh Pengerusi YSAHMS kepada Doktor Nik Mohd Faizal bin Zainal Abidin, Pengarah Hospital Kuala Krai.

5. Yayasan Sultanah Bahiyah (Pusat Dialisis Tunku Sarina). Satu unit mesin jenis Fresenius 4008S disampaikan oleh Pengerusi YSAHMS kepada Encik Muhammad Izzat bin Jamaludin, Pegawai Hal Ehwal Korporat Yayasan Sultanah Bahiyah.