logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Serdang, 7 Disember 2019 - Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merangkap Pengerusi Kor Risik Diraja, Leftenan Jeneral Datuk Sheikh Mokhsin bin Sheikh Hassan telah menyempurnakan acara perasmian Karnival Pesta Kor Risik Diraja (PERISIK) di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang. PERISIK yang dianjurkan oleh Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) ATM ini adalah bersempena Sambutan Jubli Emas Kor Risik Diraja (KRD). Ia terbuka kepada orang ramai dan dianjurkan selama 3 hari bermula pada 6 Disember 2019 dan berakhir pada 8 Disember 19.

Karnival yang berkonsepkan “KRD: Transformasi dan Keunggulan” ini telah mewujudkan platform untuk rakyat Malaysia melihat dengan lebih dekat dan fungsi perisikan ketenteraan sambil turut serta menyertai acara-acara yang telah disusun sepanjang karnival berlangsung. Pada masa yang sama, melalui pameran dan aktiviti yang disediakan ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia (Public Awareness) tentang ancaman yang wujud di sekeliling mereka tanpa disedari melalui penganjuran pelbagai aktiviti. Ancaman yang wujud ini turut bertransformasi dari ancaman komunis kepada ancaman terkini iaitu siber dan pengganas (Terrorisme).

Karnival ini juga mendedahkan kepada orang ramai akan tranformasi agensi perisikan daripada operasi konvensional kepada siber dan terrorisme seiring dengan perubahan ancaman masa kini di samping mewujudkan security awareness kepada masyarakat berhubung ancaman-ancaman terkini yang memfokus kepada cyber dan terrorism. Penganjuran karnival ini juga bermatlamatkan agar rakyat Malaysia mempunyai sikap patriotisma cintakan negara dan menjadi sebahagian daripada pemberi maklumat atau agen perisik bagi membolehkan agensi keselamatan berfungsi dengan efisien. Pada masa yang sama ia menanam kesedaran bahawa keselamatan negara adalah tanggungjawab semua dan bukan hanya bergantung kepada agensi keselamatan semata-mata.

Orang ramai dijemput hadir ke karnival yang akan berakhir pada 8 disember ini kerana pelbagai aktiviti disediakan sepanjang karnival berlangsung. Selain dari pameran ketenteraan dan promosi kerjaya ATM, turut dianjurkan adalah aktiviti derma darah dan pemeriksaan kesihatan oleh ATM secara percuma. Pertandingan E-Sport bagi golongan muda dan peminat siber, Pertandingan Soccer dan Netball Penalty Shoot, Street Workout Battle, Combat Archery, Adventure Sports, Larian Perisik, Bikers Show, Konsert Artis Popular Tanahair, Food Truck dan pelbagai lagi.