logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

PORT DICKSON, 16 Apr - Seramai 39 pegawai dan 98 Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang diketuai oleh Lt Kol Mohd Hamzah Adam terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) KAGAT ke-32 disempurnakan oleh Pengerusi KAGAT, Mej Jen Dato’ Hj Kamarudin Hj Mamat di Institut Latihan Dan Kefahaman Islam ATM (ILMI) pada 16 Apr 2017.

Dalam perutusan HUT ini, Pengerusi KAGAT menyatakan bahawa perbarisan ini khusus bagi meraikan dan mendengar perutusan Pengerusi Kor yang juga Ketua Pengarah KAGAT sedang berlangsung secara serentak di tujuh zon pemerintahan di seluruh negara untuk dijadikan pandu arah dan pedoman meneruskan kesinambungan perjuangan suci bagi memartabatkan Islam dan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Terdahulu sebelum itu Pengerusi KAGAT menyampaikan sijil kepujian kor kepada empat pegawai dan sembilan anggota LLP KAGAT serta menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 10 anggota LLP KAGAT.