logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Gemas, 22 Mei - Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera hari ini hadir menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) bertempat di Lapang Sasar Gemas, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.

Latihan ini yang dahulunya dikenali sebagai Demonstrasi Kuasa Tembakan (DKT) diadakan sebagai aktiviti tahunan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Siswa Kursus Pemerintah dan Staf Malaysia (KPSM) dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) tentang keupayaan manuver dan kuasa tembakan TDM. KPSM Siri 46/2017 kali ini menyaksikan penyertaan 120 Siswa tempatan dan 45 Siswa luar negara.

Latihan ini diadakan dalam dua segmen iaitu Segmen Dinamik dan Pameran Statik serta Segmen Tembakan Tidak Langsung dengan objektif untuk mempamerkan keupayaan manuver, kuasa tembakan dan impak ke atas sasaran sistem persenjataan yang terdapat di dalam inventori TDM termasuk keupayaan pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia.

Turut hadir adalah Komander 506 Askar Wataniah, Brig. Jeneral Tengku Temenggong Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz ,Tengku Temenggong Kelantan, Timbalan Panglima Tentera Darat Australia, Mej Jen Rick Burr dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim.