logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Angkatan Tentera Malaysia melalui Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) dan Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH (MKWK) menganjurkan Majlis Khatan Perdana Tahun 2016 untuk anak-anak warga ATM dan juga warga Awam Kementerian Pertahanan yang bertugas di Wisma Pertahanan. Majlis ini diadakan mulai 8 dan 9 Dis 12 bertempat di Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH dan Hospital Tuanku Mizan untuk acara berkhatan.

Seramai 150 anak anak pegawai, anggota serta kakitangan awam KEMENTAH menyertai program ini. Antara objektif majlis ini antaranya :

  • Melaksanakan dan mempertingkatkan syiar Islam di kalangan warga ATM.
  • Meraikan kanak-kanak yang berkhatan agar mereka merasa suasana kegembiraan sebelum dikhatankan.
  • Meyediakan kemudahan khidmat berkhatan untuk anak-anak warga KEMENTAH
  • Mempelbagaikan aktiviti kebajikan anjuran MKWK.
  • Mengeratkan hubungan ukhuwwah Islamiah antara warga ATM.

Yang Mulia Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat mewakili Panglima Angkatan Tentera merasmikan Majlis Khatan Perdana tahun 2016 pada 8 Dis 2016 (Khamis). Turut hadir pegawai-pegawai kanan ATM serta ibubapa / penjaga yang terlibat secara langsung dalam Majlis Berkhatan Perdana ATM Tahun 2016.