logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 16 Dis - Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera diantara Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr. Hj Zulkifeli Mohd Zin dengan Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang merupakan sejarah baharu buat ATM disaksikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein di Auditorium Kementerian Pertahanan pada 16 Dis 2016.

Serah terima tugas ini juga bersempena dengan persaraan mantan PAT yang akan bersara setelah 44 tahun menabur bakti dan mengabdikan diri kepada ATM serta peralihan tampuk pemerintahan ATM yang baharu dan majlis diteruskan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas PAT.

Majlis diakhiri dengan acara simbolik iaitu street lining bagi memberi penghargaan dan penghormatan terakhir kepada mantan PAT yang ditarik oleh pegawai -pegawai ATM bermula dari pintu hadapan Kementerian Pertahanan hingga ke Balai Pengawal Utama.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Johari Baharum, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badarudin dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad TUDM.