logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Majlis Penutup dan Penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 36/2016 telah disempurnakan oleh Yang Mulia eneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera (PAT). Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Timbalan Panglima Tentera Laut, Timbalan Panglima Tentera Udara, Ketua Staf Markas ATM serta Pegawai-Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

MPAT adalah institusi latihan dan pendidikan ATM yang menyediakan pendidikan professional di peringkat Sarjana. Kursus ini dihadiri oleh pegawai-pegawai ATM yang berpangkat Leftenan Kolonel dan Kolonel atau setaraf daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM (TDM, TLDM dan TUDM) bagi melengkapkan dan menyediakan mereka menjawat jawatan yang lebih tinggi. Maktab ini turut menawarkan pengajian kepada pegawai-pegawai Tentera dari Luar Negara, pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Negara untuk mengikuti kursus ini.

Modul Pengajian mengambil masa 1 tahun untuk dihabiskan bagi melayakkan peserta kursus bergraduasi. Penyertaan Kursus bagi Kursus MPAT Siri 36/2016 pada kali ini adalah seramai 44 orang yang terdiri daripada 17 orang daripada TDM, 7 orang daripada TLDM, 7 orang daripada TUDM, 1 orang daripada PDRM dan JPA serta 11 orang daripada Luar Negara. ( Amerika Syarikat, Arab Saudi, Brunei, Filipina, Indonesia, Nigeria, Jordan, Singapura dan Thailand)

Anugerah Kecemerlangan yang diadakan oleh pihak Maktab di dalam Majlis Penutup Kursus dan Penyampaian Diploma MPAT pada kali ini adalah seperti berikut:

Kertas Kajian Terbaik Peserta Kursus MPAT Siri 36/2016.
LTC Rozelle Salvosa Gadin.
Perkhidmatan : Philipphines Air Force - Pilot.
Tajuk : “Russia’s Foreign Policy Shift from Europe Towards Asia”.

Peserta Kursus Terbaik (Bukan ATM) MPAT Siri 36/2016.
SLTC Lim Lit Lam.
Perkhidmatan : Singapore Army- Armour.

Peserta Kursus Terbaik (ATM) MPAT Siri 36/2016.
Lt Kol Azman bin Jantan TUDM.
Perkhidmatan : TUDM (Juruterbang)