logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Kuala Lumpur, 27 Disember - Pengerusi PERNAMA, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Haji Zainal (B) telah menyerahkan kalendar tahunan tajaan PERNAMA bagi tahun 2017 Serta Sumbangan Cek Tabung Kebajikan Angkatan Tentera kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor di Auditorium KEMENTAH, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak hari ini.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple bin Kassim, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato' Anuwi Bin Hassan, Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Pengurus Besar PERNAMA, Encik Mohd Zaini bin Khalid, pegawai-pegawai tinggi serta anggota ATM.

Majlis penyampaian kalendar kepada ATM merupakan acara tahunan yang dipraktikkan PERNAMA sejak lebih 20 tahun yang lalu. Pengeluaran kalendar tahunan yang bertemakan sejarah atau aktiviti ATM ini telah menjadi satu tradisi buat PERNAMA.

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz berkata, penghasilan kalendar ini merupakan sebahagian dari usaha dalam memastikan maklumat umum berkaitan dengan aktiviti ATM dapat dikumpul dan dikongsi dalam bentuk yang mudah difahami dan disimpan. Pengisian kalendar bagi tahun 2017 ini adalah mengenai pencapaian ATM dalam bidang sukan.

“PERNAMA sebagai perbadanan yang berkait rapat dengan ATM menumpang rasa bangga dengan pencapaian atlet-atlet ATM,” katanya dalam ucapan beliau pada majlis penyampaian kalendar PERNAMA yang bertemakan “Kegemilangan Sukan Pemacu Kesiagaan ATM”.

Harapan beliau agar penghasilan kalendar ini akan menjadi inspirasi kepada pegawai dan anggota khususnya generasi muda ATM dan seterusnya turut membantu menyalurkan informasi kepada orang awam mengenai penglibatan ATM di dalam bidang sukan. Pelanggan ATM dan orang ramai boleh mendapatkan kalendar ini dari rangkaian kedai PERNAMA seluruh Malaysia dengan harga RM3.00 sekeping mulai hari ini.