logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 30 Dis 16 – Karnival Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kementerian Pertahanan merupakan salah satu program inisiatif kerohanian daripada halatuju Kementerian Pertahanan bagi tahun 2016. Karnival in dilaksanakan selama 2 hari iaitu mulai 29 sehingga 30 Disember 2016 dengan pelbagai pengisian aktiviti keagamaan dan kekeluargaan. Semua aktiviti diadakan di Perkarangan Masjid Khalid Al-Walid.

Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kementerian Pertahanan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mohd Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan. Majlis dimulakan dengan Solat Dhuha Perdana seterusnya perasmian oleh YB Timbalan Menteri Pertahanan. YB Timbalan Menteri Pertahanan turut menyerahkan bantuan persekolahan kepada 60 orang anak-anak Asnaf ATM (Beg Sekolah,Alat Tulis dan wang tunai RM150.00) bagi meringankan beban anak-anak ini yang akan memulakan persekolahan tidak lama lagi. Bantuan ini merupakan inisiatif dan keperihatinan Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan warganya yang memerlukan.

YB Timbalan Menteri Pertahanan juga turut menyerahkan Jubah dan Kitab Tafsir Al-Quran kepada Imam dan Masjid ATM daripada Peruntukan Khas YB Menteri Pertahanan bagi Tahun 2016 serta merasmikan Pusat Khidmat Pelanggan Masjid Khalid Al-Walid. Turut hadir ke majlis perasmian ini adalah YBhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Datuk Seri Zulkiple bin Kassim, Panglima Tentera Darat, Timbalan Panglima Tentera Laut, Timbalan Panglima Tentera Udara, Pegawai-Pegawai Kanan ATM dan Kementerian Pertahanan, serta lebih kurang 2000 Warga Kementerian Pertahanan.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang sambutan ini adalah jualan-jualan, forum bicara keluarga sakinah, solat subuh dan dhuha perdana, tazkirah jumaat/Khutbah khas, ceramah kesihatan, pidato/azan/tilawah Al-Quran kanak-kanak, persembahan nasyid, ceramah Maulidur Rasul dan pelbagai lagi aktiviti menarik.