logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga ATM yang diadakan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Bandar Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan. Ketibaan YAB Perdana Menteri telah disambut oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Datuk Seri Utama Haji Mohamed bin Hassan; Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Dato' Seri Hasan bin Malek; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Abdul Rahim Bakri dan Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Pegawai-pegawai Kanan ATM serta lebih 3,000 pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM turut hadir.

YAB Perdana Menteri memberikan penghargaan kepada warga ATM untuk memukul beduk tanda masuk waktu berbuka puasa sambil diperhatikan oleh dif-dif jemputan dimajlis berbuka puasa ini. Acara diteruskan dengan menunaikan solat maghrib di Masjid Depo RAMD yang berada bersebelahan Padang Kawad PUSASDA dan kemudiannya menjamu hidangan utama yang telah disediakan.

YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan penghargaan kepada warga ATM dengan kegigihan dan kesanggupan melaksanakan tugas yang amat mencabar ketika menghadapi bencana dan kecemasan tidak ternilai harganya. Antaranya yang dikatakan Oleh YAB Perdana Menteri adalah "siapa yang sanggup membawa helikopter hingga 3,000 meter hampir-hampir ke puncak Gunung Kinabalu, kalau ada banjir air deras sampai bot 40 kuasa kuda pun tidak lepas, siapa sanggup menyelamatkan nyawa orang awam melain anggota tentera," katanya.

YAB Perdana Menteri turut memberikan tumpuan utama dalam aspek kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyelesaikan masalah rumah keluarga dalam masa terdekat agar tiada lagi yang akan menyewa diluar kawasan. Disamping itu, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan RM500,000.00 kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) kepada YBhg Tan Sri PAT. ATM amat menghargai keprihatinan YAB Perdana Menteri melawat serta memberikan sokongan moral kepada pegawai dan anggota yang sedang menjalankan tugas dalam OP DAULAT di Negeri Sabah. Kunjungan itu turut diabadikan dalam gambar yang disampaikan oleh YBhg Tan Sri PAT kepada YAB Perdana Menteri.