logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Mobile Community Transformation Programme (MCTP) sempena Program Transformasi Pertanian Moden dan Majlis Ngiling Bidai dianjurankan oleh Batalion Ke Tiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD) telah mengadakan aktiviti perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan, Rawatan Pergigian, Ceramah dari Jabatan Kerjaaan dan Demontrasi Memadam Kebakaran bertempat di RH Robert Lingga Menggi, Bulo, Lubok Antu, Sri Aman, Sarawak.

Program tersebut telah mendapat sambutan daripada penduduk setempat. Kira-kira seramai 76 orang penduduk mendapatkan rawatan perubatan manakala seramai 28 orang pelanggan telah mendapat rawatan pergigian.

Program tersebut juga melibatkan Kementerian Pertanian Moden Sarawak, Jabatan Bomba & Penyelamat Sri Aman, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sri Aman, Jabatan Ukur Sri Aman, Lembaga Perindustrian Nenas, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Lada Malaysia, FAMA, RISDA dan Lembaga Sawit Malaysia.

Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, YBhg Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw bersama-sama pemimpin tempatan termasuk Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu ak Blaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam upacara "Ngiling Bidai" bagi majlis penutup perayaan gawai.