logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerbangkan barang-barang Bantuan Bencana Alam ke Nepal pada 6 Jun 2015 (Jumaat) jam 2230 malam menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Herculese C130. Barangan yang diterbangkan ke Nepal adalah seperti ubat-ubatan, kerusi roda, blanket dan makanan serta pakaian sejuk untuk diberikan kepada mangsa-mangsa gempa bumi Nepal.

Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato’ Sabree bin Haji Hussin TUDM, Ketua Pengarah Bantuan dan Kesiagaan, Pusat Operasi Udara ATM mewakili pihak ATM menyempurnakan majlis penghantaran di Pangkalan Udara Subang, Subang, Selangor. Barangan ini dibawa ke Nepal untuk di sampaikan kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Nepal iaitu Yang Berbahagia Encik Fadli Adilah sebelum diserahkan kepada Kerajaan Nepal. Turut hadir menyaksikan Majlis penghantaran ini adalah wakil daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pegawai-pegawai ATM serta awam Kementerian Pertahanan Malaysia.