logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

LUBNAN - 16 Julai 2015. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta pasti merupakan saat yang menggembirakan bagi semua, namun pucuk pimpinan ATM iaitu Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin telah mengambil inisiatif pada tahun ini untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama warga MALBATT 850-2 yang sedang menjalankan misi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan.

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin sanggup mengenepikan kepentingan peribadi beliau demi memberi sokongan moral khususnya kepada anggota MALBATT 850-2 yang berkekuatan lebih 850 anggota dan diketuai oleh Kolonel Khaswadi bin Lahuri selaku Komander.

YBhg Tan Sri PAT bersama Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM serta beberapa pegawai kanan ATM turut sama menyediakan juadah sambutan Aidilfitri 1436H di UNP 2-1 Kem Ma’rakah, Selatan Lubnan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Duta Besar Malaysia ke Lubnan, HE Mr Balachandran Tharman.

Solat Hari Raya Aidilfitri turut dilaksanakan oleh MALBATT 850-2 bersama YBhg Tan Sri PAT dan delegasi lawatan di lapangan helipad UNP 2-1 Kem Ma'arakah, Selatan Lubnan.

Pada malam Aidilfitri ini turut menjadi amat bermakna dimana satu sidang video bersama Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan YAB Datin Seri Rosmah binti Mansor serta Menteri-menteri di Seri Perdana Puterajaya.