logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

TUTONG, BRUNEI: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan peningkatan kemahiran menembak dan daya usaha profesional yang ditunjukkan oleh para penembak serta jurulatih dan tim pengurusan pasukan ATM bagi menghadapi Kejohanan Kemahiran Menembak Antarabangsa Brunei (BISAM) Ke-11 tahun ini. ATM telah berjaya mendapat kedudukan keempat daripada 18 tim bertanding dengan 2 emas, 3 perak dan 3 gangsa iaitu lebih baik berbanding BISAM 2012.

Panglima Angkatan Tentera (PAT) Malaysia, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin telah meluangkan masa untuk menghadiri majlis penutupan BISAM Ke-11 yang dirasmikan penutupan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bertempat di Galeri 1, Lapang Sasar Binturan, Institusi Latihan ABDB, Kem Panjong Garison, Tutong, Brunei Darussalam.

Turut hadir pada majlis penutupan ini adalah Panglima Latihan Tentera Darat, Yang Berbahagia Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi bin Haji Mohd Zuki dan Defence Atache Malaysia di Brunei Darussalam, Yang Berbahagia Kolonel Haji Reduan bin Haji Omar. Tahniah ATM..Jalur Gemilang Megah Berkibar di Brunei Darussalam.