logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR - 8 Julai 2015. Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) melalui Bahagian Inspektorat Jeneral berhasrat untuk memaklumkan dan memperkenalkan kepada semua pegawai ATM tentang senarai kriteria baharu SSR ATM yang dikeluarkan oleh MAMPU baru-baru ini. Ia turut merangkumi penerangan berkaitan SPS ATM Edisi Ketiga yang telah digunapakai mulai tahun 2015 hingga 2020. Laksma Datuk Kay Hai Thuan, Timbalan Inspektorat Jeneral turut memberikan penerangan berkaitan cara pengauditan baharu SSR ATM 2015.

Inspektorat Jeneral ATM, Mej Jen Datuk Abdul Rahim bin Mohd Yusoff turut memberikan penerangan dan penekanan untuk merealisasikan hasrat pihak Pengurusan Tertinggi ATM agar setiap lapisan pemerintah ATM mendapat maklumat dan membuat persediaan awal untuk menghadapi audit SSR ATM 2015. YBhg Datuk IJ turut menyampaikan buku senarai semak kriteria baharu SSR ATM kepada Perkhidmatan dan Bahagian ATM.