logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

SIBU, 13 Julai 2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited dalam usaha membantu menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang mensasarkan 80 peratus populasi rakyat Malaysia mendapat vaksin bagi mencapai imuniti kelompok (herd immunity).

Di Sarawak, ATM menerusi Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) turut membantu kerajaan negeri mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada penduduk menerusi pelaksanaan Program Vaksin Pandu Lalu di Kem Oya dan program vaksinasi di Ba'kelalan baru-baru ini,

9 Briged turut mengaturgerak Combat Medic Vaccination Team (CMVT) ATM bagi membantu proses vaksinasi penduduk di kawasan pendalaman dan yang terkini mengaturgerak CMVT ATM ke Long Busang dan Sang Anau di Kapit pada 30 Jun hingga 5 Julai 2021 yang lalu.

CMVT ATM ini yang dikelolakan oleh pasukan 9 Woksyop Briged ini diketuai oleh Mejar Mohd Nashriq bin Chek Ani serta dianggotai oleh 24 orang anggota ATM dan staf daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam program tersebut, seramai 616 penduduk Long Busang dan 67 penduduk di Sang Anau telah mendapatkan suntikan vaksin dan Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Shamshor bin Hj Jaafar turut serta di lapangan bagi menyantuni penduduk kampung yang terlibat.

ATM akan terus kekal komited membantu penduduk di negara ini untuk mendapatkan vaksin agar sasaran negara untuk mencapai herd immunity sekali gus dapat menamatkan rantaian penularan wabak Covid-19 ini.