logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dan Kor Kesihatan Diraja (KKD) buat julung kalinya mengadakan majlis berbuka bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah, Kolonel Yang Dipertua Kor berkenan mencemar duli setelah menaiki takhta pada Mei 2015 lepas ke Majlis Iftar Bersama Kor RAJD dan KKD bertempat di Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan turut diiringi oleh YABhg Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Diraja Mohd Zaidi bin Haji Zainuddin (Bersara).

Majlis iftar ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi; Ketua Jurutera Merangkap Pengerusi Kor RAJD, YBhg Mejar Jeneral Dato’ Pahlawan Ir. Abdul Nasser bin Ahmad dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Merangkap Pengerusi KKD iaitu YBhg Leftenan Jeneral Datuk (Dr.) Haji Abdul Razak bin Md Yusoff serta lebih 750 pegawai dan anggota daripada kedua-dua kor. DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan serta dif-dif jemputan turut bersama-sama warga RAJD dan KKD berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat sunat terawih.