logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah menyempurnakan perasmian Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 12 Jan 15. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Dr.Ali bin Hamsa, Panglima-panglima Perkhidmatan, pegawai-pegawai Kanan ATM, pegawai-pegawai Awam Kementerian Pertahanan serta tetamu-tetamu undangan khas.

Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, selaku tuan rumah, telah mengiringi YAB Perdana Menteri sepanjang majlis perasmian tersbut dan juga telah memberi taklimat ringkas ketika sesi lawatan ke Wisma Perwira ATM.

Kedudukan Wisma Perwira ATM di kawasan tinggi membolehkan pemandangan panorama indah Kuala Lumpur. Wisma Perwira ATM boleh menampung lebih kurang 300 ahli-ahlinya yang terdiri daripada 252 bilik biasa, 44 Bilik Deluxe, 12 Suites and 3 Suites Diraja. Kemudahan yang terdapat untuk ahli-ahli Wisma Perwira ATM termasukkolam renang, sauna, bilik permainan indoor, multimedia, restoren dan bar disamping Board Room, 2 Bilik Mesyuarat, 5 Bilik Seminar, 5 Bilik Perbincangan,sebuah Dewan Bankuet dan sebuah Penthouse.